1.8 Migrasi Penduduk

GEOGRAFI B: ALAM SEKITAR MANUSIA

KERJA RUMAH TERANCANG: PENGGAL 1

PENDUDUK : MIGRASI
ARAHAN : Siapkan nota berdasarkan soalan berikut:-


  1. Huraikan maksud migrasi
  2. Nyatakan Jenis-jenis migrasi dan contohnya
  3. Huraiakn maksud migrasi dalaman                 
  4. Nyatakan jenis-jenis/pola migrasi dalaman
  5. Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi berlakunya migrasi dalamam sesebuah Negara   
  6. Bincangkan kesan-kesan migrasi dalaman terhadap kawasan yang dituju dan kawasan asal
  7. Huraikan langkah-langkah untuk mengurangkan migrasi dalaman
  8. Beri maksud  migrasi antarabangsa
  9. Senaraikan empat contoh pola migrasi antarabangsa pada masa ini    
  10. Huraikan faktor yang menggalakkan migrasi antarabangsa pada masa ini.                             
  11. Bincangkan kesan/masalah yang timbul akibat  migrasi antarabangsa terhadap negara penerima dan negara asal.
  12. Huraikan langkah-langkah mengurangkan migrasi antarabangsa
  13. Latihan amali : Melukis peta Aliran 

**********************************************************************************

MIGRASI
1. Maksud Migrasi
Merujuk kepada  penghijrahan atau perpindahan penduduk dari satu tempat ke satu tempat yang  lain yang melibatkan perubahan ruang dan masa.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan kadar migrasi bersih.

Merujuk kepada  perbezaan nilai yang wujud antara imigrasi dan emigrasi

3. Bagaimana Migrasi bersih dihitung.
Migrasi bersih dihitung menerusi perbezaan nilai yang wujud di antara imigrasi (migrasi masuk ) dengan emigrasi (migrasi keluar. Contoh pada tahun 2000 jumlah pendatang yang masuk ke Malaysia ialah 2 juta orang manakala jumlah rakyat Malaysia yang berhijrah ke Negara lain ialah 200 ribu orang.
 Ini bermakna migrasi bersih ialah 2000,000 – 200,000 = 1,800,000 orang

4. Maksud Migrasi Dalaman
Migrasi dalaman merujuk kepada perpindahan penduduk dari satu tempat ke                                                  tempat yang lain yang hanya melintasi sempadan di dalam negara  sahaja seperti sempadan antara daerah, sempadan antara luar bandar dengan bandar, sempadan antara negeri, sempadan antara Bandar dan sebagainya dalam tempoh tertentu.

5. Jenis- Jenis Migrasi Dalaman dan Pola Migrasi

5.1 Jenis-Jenis Migrasi Dalaman
a) Migrasi Musiman
i. berlaku secara bermusim atau berkala
ii. berlaku di kalangan pengembala kaum nomad- badwi di Arab, Mongol di gurun Gobi –mencari air dan padang rumput untuk ternakan
iii. Kegiatan pindah ternak di Pergunungan Alps dan Pergunungan Himalaya- musim panas di pergunungan dan musim sejuk di turun ke lembah.
iv. Musim tengkujuh – ke KL

b) Migrasi dari luar bandar ke bandar
i. Penduduk luar bandar berhijrah ke bandar kerana :
· kemiskinan.
· pengangguran
· upah yang rendah
· tanah yang tidak eonomik untuk dikerjakan
· kurang kemudahan asas- pendidikan, perhubungan
Eg. Kg kedondong ke KL



c) Migrasi bandar ke bandar
i. Tiada kemudahan pendidikan di bandar kecil menyebabkan golongan belia berpindah ke bandar besar untuk melanjutkan pelajaran
ii. Penghijrahan secara berpetingkat- dari bandar kecil ke bandar lebih besar dan seterusya ke ibu negara
eg. Bandar Pasir  Mas ke Johor Bharu

d) Migrasi bandar ke luar bandar / bandar ke pinggir bandar

i. Golongan pesara- menikmati hidup yang lebih segar di luar bandar
ii. Pembangunan pesat di bandar- banyak rumah dirobohkan- diganti dengan bangunan pencakar langit/ bangunan komersial- terpaksa mencari tapak kediaman baru
iii. Pembinaan kawasan perumahan di pinggi Bandar- kemudahan pengangkutan awam yang cekap, kenderaan sendiri yang selesa- penduduk Bandar tinggal di pinggir Bandar berulang alik ke tempat kerja setiap hari.
Eg. KL -> Kg. Kubang Gatal, Pasir Mas.

e) Migrasi luar bandar ke luar bandar
i. Pembukaan kawasan pertanian baru – FELDA, JENGKA, DARA migrasi penduduk luar Bandar ke kawasan pertanian baru
ii. Tujuan- membasmi kemiskinan di kalangan penduduk luar bandar yang tidak bertanah dan miskin.
iii. Perpindahan secara haram – membuka tanah secara haram untuk pertanain
eg. Kg slow machang ke Felda Kemahang 2, Tanah Merah, 

f) Transmigrasi
i. Migrasi dari pulau ke pulau yang dirancang oleh kerajaan
ii. Tujuan- mengurangkan masalah kepadatan penduduk yang terlalu tinggi di satu-satu pulau.Contoh,Pulau Jawa ke Pulau Sumatera dan Kalimantan.


5.2 Pola Migrasi Dalaman
(i) arah aliran (dari mana ke mana)
Arah aliran migrasi dalaman desa-> bandar,   bandar ->bandar,   bandar-> desa,   desa->desa.

(ii) isi padu aliran (jumlahbanyak/sedikit)

(iii) komposisi aliran. 
Komposisi aliran:-   jantina,   umur dan   taraf pendidikan 

6. Fakor- faktor yang mempengaruhi migrasi penduduk di dalam sesebuah negara
i. Peluang pekerjaan
Peluang pekerjaan dan pendapatan yang lebih lumayan seperti migrasi dari Kelantan ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan pekerjaan.

ii. Pendidikan
Melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi seperti dari Rantau Panjang, Kelantan ke UPSI, UKM, UM, UiTM, UUM. UMS, UPM

iii. Kesihatan
Mendapatkan rawatan  kesihatan, seperti rawatan tradisional yang memerlukan tempoh masa yang lama Darul Syifa Bangi, Selangor, IJN (jantung) dll.


iv. Dasar Kerajaan
Menempatkan penduduk ke kawasan pembangunan wilayah (JENGKA), polisi pembandaran, membangunakan kawasan pinggir Bandar. Menggalakkan migrasi.

v. Faktor mikro
Perkahwinan, ikatan kekeluargaan, persaraan

vi.Infrastruktur
Kemudahan pengangkutan, perhbungan seperti jalanraya, kemudahan rekreasi/hiburan

7. Kesan- kesan migrasi dalaman terhadap kawasan yang dituju dan kawasan asal.
Kesan Ke atas Kawasan Asal

A. Kesan Positif
i. Tanah pertanian dapat dikerjakan dengan lebih eknomik dengan tidak menggunakan tenaga kerja yang ramai- hasil yang banyak untuk setiap petani akan diperolehi.

ii. Masalah pengangguran di kawsan luar Bandar akan dapat di atasi- penduduk yang
menganggur berpindah ke Bandar

iii. Menjadikan kawasan luar Bandar kurang padat- meringankan beban kerajaan untuk
menyediakan kemudahan asas- peruntukkan pembangunan dapat dikurangkan.

iv. Migran yang berhijrah keluar negara dapat menghantar balik wang ke negara asal mereka menguntungkan dari segi pulangan wang asing.

v. Menyelesaikan masalah lebihan penduduk seperti penduduk pulau jawa yang menghadapi lebihan penduduk

B. Kesan Negatif
i. Penghijrahan keluar para professional atau tenaga pakar merugikan negara asal kerana
kerajaan telah banyak menghabiskan duit untuk penddidikan mereka.

ii. Berlakunya tanah terbiar- golongan belia luar Bandar berhijrah ke Bandar.

iii. Berlaku ketidakseimbangan jantina di desa-desa- kaum lelaki berhijrah ke Bandar dan kaum wanita berada di desa- wanita lebih ramai di desa.

iv.Pengaruh budaya kuning yang diperolehi di bandar di bawa balik ke desa.


KESAN MIGRASI PENDUDUK KE ATAS KAWASAN YANG DITUJU

A. Kesan Positif

i. Dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja di kawasan yang kurang penduduk.

ii. Kemasukan tenaga profesioanal ke negara yang dituju dapat memajukan lagi negara- contoh doktor dari India dll- kerajaan tak perlu menghabiskan wang untuk pendidikan.

B. Kesan Negatif.
i. Imigrasi menyebabkan wujudnya masyarakat majmuk di negara yang dituju- kepelbagaian budaya dan adapt resam menyukarkan perpaduan nasional.

ii. Rakyat tempatan kehilangan peluang pekerjaan kerana terpaksa bersaing dengan para imigran untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

iii. Migran akan menghantar balik ke negara asal mereka- merugikan negara yang dituju kerana pengaliran wang keluar tidak dapat dielakkan.

iv. Wujudnya prasangka kaum kerana wujud pengklompokan kawasan mengikut kaum- kaum pendatang dengan kaum pribumi- boleh wujudkan persengketaan kaum.

8. Langkah-langkah mengurangkan migrasi dalaman
i.   Memodenkan sector pertanian
Tujuan meningkatkan pengeluaran dan memodenkan sektor pertanian, memperbaiki sistem perkhidmatan pertanian luar bandar, memodenkan kehidupan petani supaya terus tinggal di kampung halaman masing-masing untuk bekerja dan menmperoleh pendapatan yang tinggi.

ii. Memodenkan kawasan luar bandar dengan pelbagai kemudahan asas.
Menekankan pembangunan fizikal desa seperti penyediaan kemudahan asas yang lengkap
Menaik taraf kawasan desa yang berpotensi  menyediakan kemudahan infrastruktur secara bersepadu.Ini menarik minat penduduk luar bandar untuk terus tinggal di kampung halaman masing-masing dan tidak berminat untuk bermigrasi ke kawasan lain.

iii. Penyelerakkan dan penyebaran  industri ke desa
Kilang-kilang di bina di kawasan yang berpotensi. Pelabur diberikan taraf perintis. Kerajaan menyediakan infrastruktur . Mengadakan promosi kepada pelabur luar. Peluang pekerjaan banyak wujud di luar bandar tanpa perlu berhijrah untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

iv. . Rancangan pembangunan wilayah
Strategi khusus di bawah agensi pelaksana bagi menjana sumber dan membangunkan tanah baru Cth Wilayah Jengka, DARA, KEJORA, KETENGAH, KESEDAR. Ini Mengelakkan daripada penduduk terus tertumpu di satu-satu kawasan sahaja.

v. Membandarkan kawasan luar bandar

Mewujudkan bandar baru di kawasan pembangunan Wilayah, cth. bandar Jengka, bandar Muazam Shah.Membandarkan pekan-pekan berpotensi. Cth.bandar Maran di Pahang. Pembandaran simpang – memajukan pekan yang berada di simpang jalan utama.
Mewujudkan bandar industri.  Menggalakkan penduduk  terus tinggal di luar bandar di kampung halaman   untuk terus menikmati kemudahan bandar.

MIGRASI ANTARABANGSA

SOALAN MIGRASI LUARAN/ANTARABANGSA

KONSEP                                                                                             
Maksud  migrasi antarabangsa
            Migrasi antarabangsa merujuk kepada pergerakan atau perpindahan penduduk melintasi sempadan politik antarabangsa dalam tempoh tertentu sama ada tetap atau sementara. Contohnya, migrasi penduduk Indonesia ke Malaysia bertujuan mencari pekerjaan.

Empat contoh pola migrasi antarabangsa pada masa ini 
             Pola migrasi antarabangsa:-
i.                    Asia ke Eropah
ii.                  Asia Tenggara ke Asia Barat
iii.                Indonesia/Thailand/Bangladesah ke Malaysia
iv.                Afrika ke Eropah.




   Jumlah imigran atau pendatang antarabangsa ketika ini dianggarkan mencapai 258 juta orang



FAKTOR
Faktor yang menggalakkan migrasi antarabangsa pada masa ini.                                 
           
i. Faktor ekonomi
            Wujudnya tarikan peluang pekerjaan di negara yang ditujui. untuk meningkatkan taraf hidup dan pendapatan. Contohnya, kedatangan beribu-ribu  rakyat Indonesia dan Thailand ke Malaysia untuk bekerja dalam sektor perladangan di Johor, Pahang, Perak dan sektor pembinaan di Selangor, Kuala Lumpur.

            ii. Kemudahan Sosial
Kemudahan sosial yang ditawarkan seperti pusat pengajian tinggi dan pusat
rawatan kesihatan. Antaranya terdapatnya kemudahan pendidikan yang luas. Perhijrahan berlaku bertujuan untuk melanjutkan pelajaran di universiti @ kolej.  Contohnya. kemasukan pelajar-pelajar dari Timur Tengah, Afrika & Asia Tenggara ke universiti tempatan seperti UIAM, UM, UKM dan lain-lain.

       iii. Taraf dan Kestabilan Ekonomi
                  Faktor seterusnya, asas ekonomi yang kukuh dan stabil.  Di samping itu, taraf hidup lebih baik dan tinggi misalnya dari segi pendapatan perkapita dan nilai mata wang yang kukuh. Contoh Ringgit Malaysia lebih tinggi dan menguntungkan apabila ditukar dengan Rupiah (Indonesia), Peso (Filipina). Contohnya,  pendapatan per-kapita di Malaysia AS $ 2500 berbanding negara jiran seperti Indonesia AS $ 200, menjadi tarikan utama untuk bermigrasi ke Malaysia.

            iv. Faktor Sejarah, Sosial dan Budaya
                  Faktor ini meliputi bahasa, adat, budaya, agama dan tali persaudaraan.  Penduduk di rantau Asia Tenggara mempunyai rumpun bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu (MalaysiaIndonesia) dan beragama Islam  (MalaysiaIndonesia – Selatan Thailand) Di samping itu, mempunyai pertalian bangsa, adat & budaya (Kelantan – Pattani), (Minangkabau – Negeri Sembilan dan Indonesia). Hal ini menggalakkan penduduk dari Indonesia datang ke Malaysia.

       v. Faktor Geografi:
Faktor jarak yang berhampiran atau berdekatan  antara dua negara mempengaruhi
ketersampaian. Selain itu,  kawalan sempadan yang mudah telus menggalakkan pencerobohan. Di samping itu,  adanya kemudahan pengangkutan yang baik memudah dan  mempercepatkan  kemasukan warga asing ke sesebuah negara. Contohnya, sempadan Kelantan - Thailand hanya dipisahkan dengan Sungai Golok. Selain itu, terdapat pengangkutan udara (MAS, Garuda Air) memudahkan kemasukan rakyat Indonesia ke Malaysia di samping pengangkutan air seperti feri yang banyak.

vi. Faktor Tolakan Negara Asal. penduduk Lebihan:
                  Penduduk terlalu ramai akan   mengakibatkan kesesakan.dan menyebabkan ketidakcukupan reruang untuk membina penempatan, menjalankan aktiviti pertanian dan sebagainya. Di samping itu, wujudkan masalah kadar penggangguran tinggi di kalangan penduduk di bandar atau luar bandar.  ContohnyaIndonesia mempunyai penduduk yang ramai. Ini menggalakkan penduduk tersebut untuk berhijrah ke Malaysia, Arab Saudi dan sebagainya.

       vii. Ketidakstabilan Ekonomi di Negara asal
Kemelesetan,   kesempitan ekonomi,  kurang peluang pekerjaan menyebabkan
pengangguran  dan kadar kemiskinan yang tinggi menggalakkan penduduk mencari kawasan yang baru. Contoh penduduk dari Bangadesh berhijrah ke  Malaysia bertujuan  mengubah kehidupan  bermasalah di negara mereka.

          viii. Bencana Alam:
           Kemusnahan alam secara semulajadi seperti gempa bumi, letusan gunung berapi,   banjir besar, tsunami, kemarau dan lain-lain boleh mempengaruhi migrasi antarabangsa. Bencana alam yang berlaku menyukarkan  sebarang aktiviti ekonomi dijalankan sama ada pertanian dan perternakan.  Contoh penduduk di Somalia yang dilanda kemarau berpindah ke Negara Kenya, dan Tanzania yang lebih selamat.
      
      x. Politik Tidak Stabil:
           Peperangan dan pergolakan politik di negara asal menggalakkan berlakunya
kejadian migrasi. Contohnya . peperangan Vietnam dan Kemboja pada tahun 1960an memaksa beribu-ribu  rakyatnya meninggalkan negara asal mereka untuk berlindung di negara  jiran seperti Malaysia dan Thailand.

KESAN
Kesan/masalah yang timbul akibat  migrasi antarabangsa terhadap negara penerima dan negara asal.

       i. Mempercepatkan Proses Pembangunan:
Penawaran tenaga kerja yang mencukupi untuk pembangunan negara.
kekosongan pekerjaan yang ditinggalkan oleh pekerja tempatan dapat diisi oleh pekerja asing. khususnya dalam bidang pembinaan dan pertanian yang menghadapi krisis tenaga kerja pada masa kini. Contohnya, buruh Indonesia memberi sumbangan yang besar dalam pembangunan sektor pembinaan di Lembah Kelang dan Selangor.

            ii. Pertumbuhan Penempatan Setinggan:
Petempatan setinggan, rumah-rumah  kongsi atau  petempatan sementara
terutamanya oleh pendatang tanpa izin. mencacatkan persekitaran fizikal atau landskap bandar. Contohnya, buruh Indonesia membina petempatan setinggan di Kuala Lumpur seperti di sekitar Kerinchi, Bangsar dan  Lembah Pantai.

       iii. Peningkatan Kadar Pencemaran:
Peningkatan jumlah penduduk meningkatkan pembuangan sisa domestik (sampah
sarap). terutama di kawasan petempatan buruh asing seperti kediaman kongsi dan rumah setinggan. sistem pelupusan sampah yang tidak teratur, sistem perparitan yang tidak sempurna. mengakibatkan bau busuk, lopak air, pencemaran air yang sangat ketara. Contohnya, pencemaran sampah sarap di Sungai Kelang dan Sungai Gombak meningkat berikutan pertambahan petempatan setinggan di sekitarnya.

       iv. Meningkatakan Masalah Sosial:
Peningkatan kadar jenayah  tinggi kesan kemasukan migran dari luar. Hal ini
menimbulkan krisis dalam masyarakat setempat dan  suasana tidak selamat. Gejala sosial seperti kejadian pecah rumah, samun, peras ugut, pelacuran dan lain-lain sering berlaku.. Contohnya. sindiket Black Money yang dianjurkan oleh warga Afrika di sekitar Lembah Kelang.

       v. Kewujudan Pelbagai Jenis Penyakit:
Kemasukan pekerja asing juga seringkali dikaitkan dengan kemasukan penyakit dari luar. selain itu,  petempatan setinggan yang dibina oleh pekerja asing yang tidak sempurna mengakibatkan persekitaran yang tercemar dan mudah merebaknya penyakit. sampah sarap mengakibatkan pembiakan tikus, lalat dan lipas manakala air yang bertakung mengakibatkan pembiakan nyamuk.

       vi. Persaingan Peluang Pekerjaan Dengan Penduduk Tempatan:
Pekerja asing menawarkan gaji yang lebih rendah berbanding pekerja tempatan menyebabkan majikan cenderung mengupah pekerja asing. persaingan juga berlaku dalam bidang perniagaan informal seperti penjaja, peniaga pasar malam, dan lain-lain turut menggugat peniaga tempatan. Contohnya,  penjaja dan peniaga kecil-kecilan di Jalan Chow Kit  Kuala Lumpur didominasi oleh warga Indonesia.


LANGKAH MENGURANG
Langkah-langkah mengurangkan migrasi antarabangsa

            i. Mengetatkan kawalan sempadan:
Malaysia mempunyai sempadan darat dengan Thailand di Semenanjung Malaysia
dan Indonesia  di Sabah dan Sarawak.  Sempadan laut  dengan Indonesia, Filipina yang luas dan mudah telus. Ini memudahkan pencerobohan pendatang tanpa izin ke Malaysia.
Langkahnya ialah  mengetatkan kawalan disempadan perlu dijalankanoleh pihak yang terlibat seperti Jabatan Imigresen, tentera laut dan pihak polis bagi mengelakkan kebanjiran pendatang tanpa izin.

            ii. Mengetatkan undang-undang pengambilan pekerja asing
Undang-undang pengambilan pekerja asing diperketatkan selain dari tindakan
tegas ke atas warga asing yang memasuki Malaysia secara haram. Pemberian permit yang terhad, kuota pengambilan pekerja asing, ujian terhadap taraf kesihatan pekerja asing dan operasi terhadap pekerja haram (Ops Nyah) perlu dipertingkatkan bagi pengawalan terhadap pekerja asing di Malaysia.

            iii. Meningkatkan bayaran levi dan caj perkhidmatan pekerja asing
Bayaran levi dikenakan kepada pekerja asing sebagai ganti cukai pendapatan ke
atas mereka oleh kerajaan. selain itu bayaran-bayaran lain yang dikenakan kepada pekerja asing seperti caj perkhidmatan, caj perubatan dan sebagainya perlu lebih tinggi daripada bayaran penduduk tempatan. Perkara ini boleh mengurangkan  kemasukan migran dari luar negara.

            iv. Mengutamakan tenaga buruh tempatan
Menggalakkan pihak swasta mengutamakan penggunaan tenaga buruh tempatan
berbanding buruh asing kecuali dalam sektor-sektor yang kritikal seperti perladangan dan pembinaan.  Kerajaan boleh mengurangkan cukai keuntungan sekiranya mengupah pekerja tempatan.

v. Pendidikan pekerjaan  atau sumber manusia
Mengubah mentaliti masyarakat tempatan agar tidak terlalu memilih pekerjaan
dan memberi kesempatan pihak majikan menggunakan buruh asing bagi mengisi kekosongan dalam sektor tersebut.  Program pembangunan tenaga manusia perlu dipertingkatkan melalui latihan lanjutan serta kursus-kursus jangka pendek dan jangka panjang bagi meningkatkan tenaga buruh mahir di Malaysia. program ini juga dapat mengelakkan kebergantungan kepada tenaga buruh dan kepakaran asing.



9 comments:

  1. Sangat berkesan dan mudah difahami... Mudah untuk rujukan serta isi dan huraian yg padat.. Amat berkesan..

    ReplyDelete
  2. bolehkah wajar kan kemasukan migrasi di malaysia dikawal

    ReplyDelete
  3. Emm..rsenye yg soalan nombor 6 ni campur aduk la migrasi dalaman dan antarabangsa..

    ReplyDelete
  4. Wajarkah kerajaan mengawal migrasi bandar ke bandar?

    ReplyDelete