4 piramid




GEOGRAFI  B: ALAM SEKITAR MANUSIA
PIRAMID PENDUDUK
Siapkan Nota berdasarkan soalan di bawah
1.Lukis/salin rajah  piramid penduduk progresif
2.Huraikan ciri-ciri demografi dan sosioekonomi bagi piramid penduduk progresif.
3.Lukis/salin rajah  piramid penduduk perantaraan
4.Huraikan ciri-ciri demografi dan sosioekonomi bagi piramid penduduk perantaraan.
5.Lukis/salin rajah  piramid penduduk regresif
6.Huraikan ciri-ciri demografi dan sosioekonomi bagi piramid penduduk regresif




*******************************************

1.4  PIRAMID PENDUDUK / PIRAMID UMUR

Konsep :
-graf bar mendatar yang dilukis secara berlapis-lapis sebelah-menyebelah berbentuk piramid.
-digunakan bagi menunjukkan struktur umur dan jantina penduduk di sesebuah Negara


CIRI-CIRI SEBUAH PIRAMID;
1.      Puncak Piramid:
*puncak yang tajam / sempit menunjukkan jangka hayat yang rendah kerana teknologi dan amalan perubatan yang kurang berkesan. Penyakit-penyakit yang kerap menyerang golongan berumur seperti sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.
·   kesannya – negara perlu meningkatkan kemudahan kesihatan bagi mengawal penyakit golongan tua serta meningkatkan jangka hayat penduduknya.

*puncak yang lebar dan datar menunjukkan jangka hayat yang tinggi disebabkan teknologi perubatan yang semakin baik serta amalan cara hidup yang sihat.
·   kesannya – negara perlu menyediakan pelbagai kemudahan kebajikan kepada golongan tua seperti kemudahan kesihatan serta kemudahan social lain seperti rumah kebajikan orang tua, perubatan percuma, faedah persaraan dsb.
2.      Cerun Piramid:
*cerun yang cekung menunjukkan jumlah golongan dewasa (20 – 59 tahun) yang sedikit. Keadaan ini mungkin disebabkan berlakunya emigrasi ataupun peperngan yang mengakibatkan golongan dewasa berkurangan.
● kesannya – negara akan mengalami kekurangan tenaga kerja yang berpotensi bagi                                                                                                     menjana kemajuan ekonomi negara.
*cerun yang cembung menunjukkan jumlah golongan dewasa yang ramai. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kadar kelahiran yang tinggi pada masa lampau ataupun imigrasi yang berlaku dalam negara.
·   kesannya – dapat membekalkan tenaga kerja yang produktif bagi membantu memesatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.
·   negara perlu menyediakan peluang pekerjaan serta kemudahan asas seperti perumahan, infrastruktur serta kemudahan sosial yang mencukupi kepada golongan ini.
·   pada masa hadapan akan berlakunya pertambahan yang banyak dalam kumpulan umur tua dan negara perlu membuat persediaan bagi menghadapinya.

3.      Tapak Piramid:
*tapak yang lebar menunjukkan golongan kanak-kanak yang ramai akibat kadar kelahiran yang tinggi kesan dari peningkatan taraf kesihatan, program kawalan penduduk yang tidak berkesan, amalan perkahwinan pada usia muda, dll.
·   kesannya – negara terpaksa menyediakan banyak kemudahan untuk golongan ini seperti kemudahan pendidikan, kesihatan serta keperluan asas yang lain.
·   perancangan masa hadapan – negara perlu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan bagi menampung jumlah tenaga kerja yang ramai.
*tapak yang sempit mengambarkan kadar kelahiran yang rendah disebabkan program kawalan kelahiran yang berkesan, perkahwinan lewat usia, dll.
·   kesannya – kerajaan dapat menggunakan sumber kewangan yang ada untuk pembangunan dan kemajuan negara.
·   perancangan masa hadapan – negara mungkin akan mengalami masalah kekurangan tenaga kerja yang serius, contohnya negara Jerman.
4.      Komposisi Umur:
*ramai golongan kanak-kanak dan muda (bawah 20 tahun) dan golongan tua (60 tahun ke atas) – golongan yang tidak produktif untuk pembangunan ekonomi negara.
·   kesannya – kerajaan perlu menampung dan menyediakan seperti sekolah, pusat kesihatan, rumah orang tua, bayaran pencen dll.
*ramai golongan dewasa (20 – 59 tahun) – golongan yang aktif dan produktif untuk menjana ekonomi negara.
·   kesannya – kerajaan perlu menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi bagi pembangunan negara.

5.      Struktur Jantina:
*dilihat apakah terdapatnya keseimbangan ataupun tidak dari segi bilangan kaum lelaki dan kaum perempuan. Keadaan ini mungkin dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti migrasi, peperangan dsb.
·   kesannya – mempengaruhi jenis guna tenaga kerja setempat dan pasaran barangan mengikut jantina penduduk majoriti.


Kepentingan;
· menunjukkan sejarah demografi sesebuah negara.
·   menjangka perubahan / trend struktur umur dan jantina penduduk mengikut masa.
·   menggambarkan sifat-sifat penduduk di sesebuah negara.
            ·   menggambarkan trend jangka panjang kelahiran dan kematian.
·   membantu kerajaan menganggarkan keperluan sumber tenaga negara pada masa hadapan.
·   kerajaan dapat menganggarkan keperluan ekonomi dan sosial penduduk pada masa hadapan seperti perumahan, kemudahan kesihatan, pendidikan dsb.
·   membantu kerajaan mengukur keberkesanan program kawalan / pertumbuhan penduduk yang dijalankan.
· menunjukkan kesan jangka pendek daripada peperangan, wabak penyakit, migrasi, polisi kependudukan dll.
·   membantu kerajaan meninjau dan memantau masalah-masalah kependudukan yang dihadapi kesan daripada fenomena di atas.


JENIS-JENIS;
(a)    Piramid PROGRESIF

·   ciri-ciri;
-puncak: tajam (glngn tua rendah: kesihatan rendah/gaya hidup rendah dll)
-cerun: cekung (glgn dewasa rendah:
 -tapak: lebar (glgn kanak2 tinggi: kelahiran tinggi-kahwin awal,tiada perancangan keluarga dlll)
·   menggambarkan negara mundur dan negara
sedang membangun.
·   negara mundur :  Somalia, Kenya dll.
·   negara sedang membangun : Malaysia, Vietnam,Indonesia, Mexico, Brazil dll.


(b)   Piramid PERANTARAAN

·   ciri-ciri;
-puncak : agak lebar dan datar (k.kematian glgn tua mulai rendah)
-cerun :cembung - (golongan dewasa ramai: 25 - 55 tahun)
                            (Glgn 10-24 rendah: Peperangan/penyakit/bencana alam)
 -tapak: masih lg lebar ( k.kelahiran rendah/ k kematian rendah)
·   menggambarkan negara-negara maju pada
tahun-tahun 1960an.
·   contoh, Amerika Syarikat pada tahun 1960an.



(c)    Piramid REGRESIF

·   ciri-ciri;
-puncak :lebar dan datar
-cerun :cembung
- tapak: sempit
·   menggambarkan sebuah negara maju.
·   Contoh, Amerika Syarikat, Perancis, Jerman,
   Sweden, Singapura dll.


TAFSIRAN SEBUAH PIRAMID;
*ciri-ciri kependudukan yang dapat ditafsirkan daripada piramid ialah;
                          i.            kadar kelahiran, kadar kematian dan pertumbuhan semulajadi – digambarkan melalui tapak piramid.
                        ii.            komposisi jantina – lelaki dan perempuan – menunjukkan kesan migrasi, peperangan dll
                      iii.            komposisi umur – jumlah penduduk muda, dewasa dan tua – menunjukkan kesan migrasi, taraf hidup penduduk.
                      iv.            jangka hayat penduduk – berdasarkan puncak piramid.
                        v.            nisbah tanggungan (penduduk dewasa : penduduk muda + tua).
                      vi.            bekalan tenaga buruh – pada masa kini dan masa hadapan.
         *ciri-ciri sosioekonomi;
                    vii.            tahap pembangunan ekonomi negara – sama ada mundur, sedang membangun atau maju – kesan dari tanggungan kerajaan sama ada tinggi atau rendah.
                  viii.            taraf sosial penduduk – keupayaan kerajaan untuk menjalankan kerja-kerja pembangunan (berdasarkan sumber kekayaan yang ada)



Rujukan tambahan


No comments:

Post a Comment