1.5 Penduduk dan Sumber Alam

1.Kompenen Alam Sekitar Fizikal
a.Maksud sumber alam

b.Jenis-jenis sumber alam (nyata)

c.Maksud sumber boleh diperbaharui

d.Maksud dengan sumber tidak boleh diperbaharui

e.Contoh-contoh sumber alam yang boleh diperbaharui (nyata)

f.Contoh-contoh sumber alam yang tidak boleh diperbaharui (nyata)

g.Empat jenis komponen alam sekitar fizikal (nyata)

h.Huraian setiap jenis komponen alam sekitar fizikal (Huraian)
           
2. Alam Sekitar Sebagai Sumber Alam : Menyatakan kepentingan dan kegunaan sumber alam seperti:-

a. Sumber air  permukaan
b. Sumber  flora dan fauna
c. Sumber mineral
d. Sumber udara dan angin
e. Laut dan sumber marin
f. Tanah-tanih
                                                                                               
3.Kesan penerokaan terhadap sumber alam sekitar fizikal
a.Menghuraikan kesan penerokaan sumber/ kegiatan ekonomi/kegiatan manusia terhadap alam sekitar fizikal.

4. Daya  Tampung Persekitaran Fizikal
a. Maksudkan daya tampung persekitaran fizikal
b. Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi  daya tampung persekitaran fizikal
c. Maksud konsep keseimbangan daya tampung sumber alam dan langkah mengekalkannya.
d. Langkah-langkah perundangan dan bukan perundangan  bagi  mengurangkan masalah lebihan dan kurangan penduduk serta kekurangan bekalan sumber alam di sesebuah negara.

Rujukan
1. Chek Zainon Shafie  et al. (2012). Teks STPM Geografi Sistem Modular Baharu Penggal 1 Bangi Selangor, Pelangi Sdn Bhd.



--------------------------------Geografi Penggal 1: Penduduk dan Alam Sekitar---------------------
1.SUMBER ALAM KONSEP
a.Maksud sumber alam
Bermaksud, sesuatu benda yang berada di alam semulajadi yang memberi manfaat kepada manusia.


b.Jenis-jenis sumber alam (nyata)
i)                    Sumber yang tidak boleh diperbaharui
ii)                  Sumber yang boleh diperbaharui


c.Maksud sumber boleh diperbaharui
Sumber yang boleh diperbaharui adalah terdiri daripada dua jenis, iaitu sumber  alam yang boleh digunakan secara berterusan dan tidak pupus.Kedua sumber tersebut boleh diganti atau diwujudkan semula setelah digunakan oleh manusia. Contoh sumber yang boleh diperbaharui ialah air, udara, ombak,hutan,tanah,sinaran matahari,ombak, angin dan sebagainya.

d.Maksud dengan sumber tidak boleh diperbaharui
Sumber ini akan pupus apabila digunakan secara berterusan dan tidak boleh diperbaharui,diwujudkan atau dicipta semula.Kejadian sumber ini mengambil masa yang amat panjang dan mungkin berjuta-juta tahun.Sumber yang tidak boleh diperbaharui ialah daripada bahan api fosil seperti arang batu,petroleum, gas asli, bijih timah. Tembaga, emas  dll

e.Contoh-contoh sumber alam yang boleh diperbaharui (nyata)
air, udara, ombak,hutan,tanah,sinaran matahari, angin dan sebagainya.

f.Contoh-contoh sumber alam yang tidak boleh diperbaharui (nyata)
arang batu,petroleum, gas asli, bijih timah. Tembaga, emas   dll


g.Empat jenis komponen alam sekitar fizikal (nyata)

i)                    Biosfera
ii)                  Litosfera
iii)                Hidrosfera
iv)                Atmosfera






h.Huraian setiap jenis komponen alam sekitar fizikal (Huraian)

Komponen Biosfera.Komponen ini dihuni oleh hidupan termasuk tumbuh-tumbuhan,haiwan,dan manusia.Komponen ini penting sebagai penyedia makanan dan habitat kepada seluruh kehidupan.
Komponen Ekologi terdiri daripada ekosistem muara,ekosistem akuatik,ekosistem hutan, paya bakau dan sebagainya.

Komponen Litosfera.Komponen ini merujuk kepada lapisan kerak bumi yang sebahagian besarnya terdiri daripada batuan sama ada igneus,enapan,dan metamofosis dan mineral. Komponen ini mempunyai pelbagai bentuk muka bumi seperti tanah tinggi,kepulauan,pinggir pantai dan sebagainya. Litosfera menjadi tempat berlangsungnya proses geomorfologi seperti luluhawa,hakisana,pemendapan dan gerakan jisim.

Komponen Hidrosfera.Meliputi 70% daripada keseluruhan muka bumi.Terdiri daripada sumber air seperti tasik,sungai,laut,kolam,paya dan sebagainya.Komponen ini penting untuk meneruskan kehidupan di muka bumi.

Komponen Atmosfera.Komponen ini terletak di luar permukaan bumi dan menjadi tempat berlangsungnya pelbagai fenomena iklim serta cuaca. Mempunyai beberapa lapisan troposfera, stratosfera, mesosfera,termosfera,ionosfera dan lain-lain

 2. Alam Sekitar Sebagai Sumber Alam : Menyatakan kepentingan dan kegunaan sumber alam seperti:-
 
a. Sumber air
b. Sumber hutan
c. Sumber mineral (Bahan galian)
d. Sumber udara
e. Laut dan sumber marin
f. Tanah-tanih

2.1 Kepentingan sumber Alam kepada sosioekonomi manusia

1.      Meningkatkan Pendapatan Negara;
-hasil eksport ke negara luar menyebabkan pengaliran masuk wang asing spt Dollar AS,
-Yen Jepun dan Euro Eropah ke dalam negara.
-eksport ke negara seperti Jepun, Korea Selatan, Eropah, Singapura dll.
cth, eksport petroleum Malaysia pada tahun 2000 berjumlah RM 14.2 billion.
cth, eksport kayu balak Malaysia 1990 berjumlah RM 7108 juta.

2.      Membekalkan Bahan Mentah Kepada Sektor Perindustrian;
-sumber alam menjadi bahan mentah kepada industri pembuatan.
-menjadi pemankin pembangunan sektor industri dan ekonomi sesebuah negara.
-cth, getah merupakan bahan mentah utama dalam industri pembuatan tayar.

3.      Menyediakan Peluang Pekerjaan;
-penerokaan sumber mewujudkan pelbagai pekerjaan seperti jurutera, juruteknik, ahli
-geologi, pengurus, buruh dll.
cth, penerokaan sumber petroleum mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 39 900 pada tahun 2000.
cth, sektor perhutanan mewujudkan 150 000 peluang pekerjaan.

4.      Membangunkan Sistem Pengangkutan;
-sistem perhubungan digunakan untuk mengangkut sumber yang diterokai ke kilang² untuk diproses & juga untuk tujuan pengekspotan.
-cth, perlabuhan Kelang dimajukan (sistem kargo) bagi tujuan pengekspotan produk dari Malaysia seperti produk perkayuan ke Eropah.

5.      Membangunkan Sesuatu Kawasan;
-penerokaan sumber mengakibatkan pembangunan sesuatu kawasan.
-kemudahan asas seperti infrastruktur dan prasarana dipertingkatkan di kawasan tersebut.
cth, penerokaan sumber bijih timah mewujudkan bandar² seperti KL, Ipoh, Taiping dll.cth, penerokaan sember petroleum mewujudkan bandar Kerteh, Miri, Lutong dll.
cth, penerokaan sumber balak mewujudkan bandar Bentong (Pahang).

6.      Menggalakkan Perpindahan Teknologi & Kepakaran;
-penerokaan sumber mengakibatkan kemasukan teknologi baru dan tenaga pakar ke sesebuah negara.
-teknologi & pakar dari negara maju seperti Britain, AS, Jerman, Jepun, Korea Selatan dll.
-cth, penggunaan alat seismik & satelit dalam kerja² pencarigalian petroleum.
cth, kerjasama Petronas dengan syarikat luar seperti Shell, Esso, Mobil bagi mendapatkan tenaga pakar.

7.      Mengalakkan Kemasukan Modal Asing (PTA);
-pemodal asing meningkatkan kemampuan negara meneroka sumber alam.
cth, syarikat seperti Shell, British Petroleum (BP), Exxon melabur dalam Petronas


2.2Kepentingan Sumber Air Permukaan Yang Bersih Kepada Kehidupan Manusia

Memenuhi keperluan biologi manusia untuk menggelakkan hidrasi serta menjaga
kesihatan  serta mengawal pelbagai penyakit yang berpunca dari kekurangan air.
Manusia perlu minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari

Sumber air yang bersih juga untuk kegunaan harian seperti mencuci pakaian, memasak serta  mandi. Tanpa air permukaan yang bersih aktiviti harian manusia akan terjejas.

Sumber air permukaan yang bersih juga  untuk menjana hidroelektik. Kawasan empangan kuasa hidroelektrik perlukan bekalan air  yang berterusan untuk menjana turbinnya. Contohnya Empangan Pergau dan Empangan Kenyir.

Air juga amat penting untuk menyejukkan jentera kilang industri dan kenderaan bermotor juga menggunakan air untuk menyejukkan enjin.      

Penternakkan binatang juga memerlukan bekalan air yang bersih untuk digunakan sebagai air minuman binatang seperti kambing, lembu , kerbau dan lain-lain. Aktiviti akuakultur juga memerlukan bekalan air yang bersih.

Sumber air juga menjadi input kepada industri  minuman. Syarikat- syarikat yang
mengeluarkan minuman memerlukan air yang bersih untuk menjalankan aktiviti mereka.
Contohnya,  pengeluar minuman Coca Cola ,  Pepsi dan sebagainya.

Air permukaan yang bersih juga penting untuk aktiviti ecopelancongan. Kawasan  pelancongan seperti taman tema memerlukan air yang bersih untuk menarik pelancong.Contonya di kawasan Sunway Lagoon. Kawasan perkelahan semulajadi juga memerlukan air yang bersih  seperti di kawasan jeram dan air terjun.Contoh, Air Terjun Sekayu, Terengganu.

                                                                                               
3.Kesan penerokaan terhadap sumber alam sekitar fizikal
a.Menghuraikan kesan penerokaan sumber/ kegiatan ekonomi/kegiatan manusia terhadap alam sekitar fizikal.

Berlaku perubahan pandang darat dan penggondolan kawasan tanah tinggi. Di kawasan-kawasan bekas lombong  terdapat lekukan-lekukan berair. Manakala dikawasan tanah tinggi berlaku penggondolan  bukit.Tanah juga akan kehilangan kesuburan, kerana selepas atau semasa aktiviti penerokaan hutan.Misalnya akan berlaku hakisan lapisan permukaan tanih’ top soil’. Kehilangan ‘top soil’akan menyebabkan tanah menjadi kurang  kesuburannya.


Akibat penerokaan hutan juga akan menyebabkan  berlakunya hakisan tanah dan tanah runtuh.Apabila proses ini berlaku menyebabkan sungai menjadi cetek, keruh dan berlaku pemendapan yang mencetekkan dasar sungai dan seterusnya boleh menyebabkan banjir kilat.Contoh, di Kuala Lumpur.


Pencemaran air juga berlaku kesan daripada tumpahan minyak semasa proses mencari gali dan mengangkut minyak. Ini akan menjejaskan hidupan akuatik.


Pencemaran udara juga berlaku , habuk-habuk dan debu-debu banyak terdapat di kawasan pemecahan kuari. 


Pemanasan setempat juga berlaku apabila penerokaan hutan giat dijalankan. Pemusnahan hutan juga akan menyebabkan berlakunnnya kemusnahan habitat flora dan fauna.



4. Daya  Tampung Persekitaran Fizikal
a. Maksudkan daya tampung persekitaran fizikal
b. Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi  daya tampung persekitaran fizikal
c. Maksud konsep keseimbangan daya tampung sumber alam  dan langkah mengekalkannya.
d. Kesan yang dialami oleh penduduk sesebuah negara  akibat kekurangan daya tampung sumber alam. 
e. Langkah-langkah perundangan dan bukan perundangan  bagi  mengurangkan masalah lebihan dan kurangan penduduk serta kekurangan bekalan sumber alam di sesebuah negara.


a.Maksudkan Daya  Tampung Persekitaran Fizikal

Maksudnya keupayaan sesuatu sumber alam untuk menampung keperluan penduduk pada aras dan tempoh tertentu. Ciri-cirinya, ialah daya tampung sumber alam amat bergantung kepada kuatiti dan kualiti stok yang ada. Keupayaan teknologi untuk menjana dan membangunkan sumber alam.  Pengurusan sumber yang cekap dan berterusan serta kawalan terhadap pertumbuhan penduduk. Contohnya,  daya tampung sumber petroleum di Malaysia dijangka tamat pada tahun 2024.  Daya tampung sumber hutan di Malaysia tidak lagi berupaya memenuhi permintaan sektor pembinaan,

b. Faktor-faktor yang mempengaruhi  daya tampung sumber alam  sesebuah negara

i.  Kuantiti dan kualiti sumber alam
Kuantiti dan kualiti sumber alam menjadi asas penting untuk menjamin daya tampung sumber berterusan.  Misalnya Malaysia mampu menampung keperluan makanan penduduknya kerana adanya sumber tanah yang subur untuk menjalankan kegiatan pertanian berbandingan dengan negara Somalia. Negara Somalia mengalami krisis makanan kerana tidak mampu untuk mengusahakan pertanian disebabkan tanahnya tidak subur.

ii. Tingkat teknologi untuk membangunkan sumber
Tingkat teknologi penting untuk membolehkan daya tampung sumber alam dieksplotasi. Tahap teknologi yang rendah dan kekurangan modal oleh negara Indonesia, telah menyebabkan sumber hutan dan kawasan tanah di Kalimantan dan Sumatera tidak mampu dibangunkan dengan cekap. Akibatnya sumber alam tersebut hanya tersimpan sebagai stok sumber walaupun penduduk di negara tersebut memerlukan sumber berkenaan lagi menampung kehidupan mereka.

iii.Pengurusan sumber  cekap dan sistematik
Pengurusan sumber yang cekap dan sistematik juga diperlukan untuk membolehkan daya tampung  sumber alam sentiasa berterusan .  Malaysia  misalnya menguruskan hutan secara lestari melalui projek perladangan hutan kompenstori dan rawatan silvilkultur.  Pelaksaanaan ini menjamin keberterusan bekalan kayu untuk generasi masa hadapan, mengekalkan fauna dan flora sebagai sumber warisan dan mengekalkan kawasan tadahan untuk bekalan sumber air bersih.


 iv.Mengawal pertumbuhan penduduk
Keupayaan daya tampung sumber alam pada tempoh tertentu bergantung kepada jumlah penduduk di sesebuah kawasan atau negara. Konsep penduduk optimum (iaitu satu keadaan seimbang antara jumlah penduduk dan sumber)  perlu dilaksanakan oleh sesebuah negara khususnya bagi negara yang mengalami masalah lebihan penduduk(penduduk > sumber)contoh bangladesh. Kurang penduduk (sumber > penduduk) Kadar kelahiran penduduk perlu dikawal agar sepadan dengan keupayaan sumber alam untuk menampung dan memenuhi keperluan penduduk.                                    

c. Maksud konsep keseimbangan daya sumber alam  dan langkah mengekalkannya.

Keseimbangan daya tampung sumber alam  merujuk kepada kelangsungan sumber alam fizikal (kelestarian sumber) menampung keperluan penduduk sesebuah negara pada sesuatu masa. Keseimbangan ini dapat dicapai melalui usaha:-
i. pembangunan berterusan. Pembangunan dijalankan tidak memusnahkan alam sekitar
ii. Menguatkuasakan langkah perundangan- akta kualiti alam sekitar 1974, denda dan hukuman
iii. penerokaan dan penggunaan sumber alam yang berhemah, 
iv. pengurusan sumber yang berkesan.
v. Mengadakan kempen dan pendidikan alam sekitar
vi Kawalan terhadap pertumbuhan penduduk - perancangan keluarga, kerjaya dan pendidikan wanita ditingkatkan
vii. Tingkatkan teknologi dan R&D; hibrid, tenaga alternatif; solar dan lain-lain


Contoh proses kemusnahan hutan dapat mencapai keseimbangan apabila aktiviti  penanaman semula  hutan. 


d. Kesan yang dialami oleh penduduk sesebuah negara  akibat kekurangan daya tampung sumber alam. (tajuk tambahan)

 i.Kekurangan makanan
Masalah kekurangan makanan akan berlaku apabila sumber tanah, sumber air dan sumber hutan tidak boleh diterokai lagi.  Ini disebabkan sumber tanah mengalami persaingan dengan guna tanah dengan penempatan, pembandaran, perhubungan dan pengangkutan. Kesannya,  tanah yang boleh diusahakan dengan pelbagai jenis tanaman berkurangan. Misalnya Laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan hasil ternakan, pertanian mengalami kesusutan berbanding dengan kepesatan kependudukan.

ii.Wabak penyakit
Wabak penyakit juga mudah merebak di kalangan negara yang kekurangan daya tampung sumber alam. Ini disebabkan penduduk tidak dapat memakan makanan seimbang dan berzat seperti daging lembu, ayam, buah-buahan dan sebagainya. Negara tersebut seperti Ethiopia , Congo, dan Somalia. Penyakit yang berkaitan kekurangan makanan seperti letih lesu, rencatan pertumbuhan badan, anemia dan lain-lain lagi.

 iii.  Krisis tenaga
Kekurangan daya tampung  sumber alam boleh menimbulkan krisis  tenaga. Hal ini diburukkan lagi apabila sesebuah negara tidak  mempunyai sumber tenaga fosil sendiri dan bergantung kepada pengimportan petroleum dari luar negara.  Akhirnya menyebabkan harga petroleum melambung tinggi dan menimbulkan  masalah inflasi barangan dan perkhidmatan di sesebuah negara.  Contohnya, negara Bangladesh  yang mempunyai penduduk 147 juta orang sedang dilanda krisis tenaga.

iiii. Krisis bekalan air bersih
Daya tampung sumber alam juga berkaitan dengan penduduk.  Semakin ramai penduduk sesebuah  negara masalah bekalan air bersih  pasti akan berlaku. Permintaaan terhadap bekalan air bersih akan bertanbah selaras dengan pertambahan penduduk.  Di samping itu,  Penerokaan sumber hutan, sumber tanah dan mineral dilakukan secara berleluasa untuk memenuhi tuntutan penduduk yang semakin bertambah.  Kesan penerokaan hutan boleh menyebabkan berlakunya  kemusnahan kawasan tadahan air. Contohnya krisis yang berlaku di lembah Klang pada tahun 1998 berpunca penerokan hutan di kawasan tersebut.
                         

iv.  Kehilangan sumber warisan
            Ketidakmampuan daya tampung sumber alam boleh menjejaskan sumber warisan negara.  Sumber warisan dilihat dari sudut khazanah alam semula jadi yang berharga seperti warisan hutan.  Hutan ditebang untuk menampung keperluan penduduk bagi meneroka bidang pertanian, pembinaan bandar, lebuh raya dan sebagainya.  Contohnya pembinaan lebuhraya Kuala Lumpur-Karak   menyebabkan berlakunya kehilangan hidupan liar terancam seperti  tapir dan gajah.


e.i. Langkah-langkah perundangan dan bukan perundangan  bagi  mengurangkan masalah lebihan penduduk di sesebuah negara.





e.ii.Langkah-langkah perundangan dan bukan perundangan  bagi  mengurangkan masalah  kurangan penduduk  di sesebuah negara.





e.iii.Langkah-langkah perundangan dan bukan perundangan  bagi  mengurangkan  kekurangan bekalan sumber alam di sesebuah negara.

A)    Langkah Perundangan;

      i.Menguatkuasan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
Akta ini menjadi asas undang-undang bagi koordinasi semua aktiviti berkaitan alam sekitar. Akta ini juga bertujuan untuk pemeliharaan dan  pemuliharaan serta menjamin keberterusan daya tampung sumber alam di Malaysia. Akta Kualitu Alam sekililing 1974 mempunyai peruntukan yang jelas tentang masalah pencemaran alam sekitar.  Peruntukan tersebut seperti pencemaran tanah, (seksyen 24), pencemaran perairan daratan (seksyen 25), pencemaran minyak seksyen 29) dan lain-lain lagi. Melalui akta ini pesalah boleh dikenakan  pelbagai bentuk hukuman seperti amaran, denda, dan penjara.

      ii. Mewujudkan Akta / Ordinan / Peraturan / Enakmen Lain
Undang-undang kecil digubal bagi melengkapkan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Contohnya  Akta Pemuliharaan Tanah, Dasar Perhutanan Negara1984,  Ordinan Lalu lintas Jalan Raya 1958, Akta  taman negara dan akta perikanan. Semuanya bertujuan untuk menjamin bekalan sumber berterusan untuk generasi akan datang.

      iii. Penubuhan Agensi Pelaksana
Agensi-agensi kerajaan ditubuhkan bagi memantau, melaksana dan menguatkuasa akta dan undang-undang yang diwujudkan. Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkuasa sepenuhnya melaksana Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 (pindaan 1985) untuk memantau, menyaman, mendenda / kompaun & mengheret individu @ syarikat ke mahkamah. Agensi lain seperti . Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)  Jabatan Pengangkutan Jalan,  Jabatan  Perhutanan, dan  lain-lain.

            iv.Penguatkuasaan Undang-undang
Tindakan tegas.perlu dilaksanakan oleh  Agensi penguatkuasaan seperti  Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain. Agensi-agensi ini  perlu membuat pemantauan, menangkap serta mendenda pesalah. Hukuman denda , kompaun, mengantung lesen serta penjara perlu dikena kepada pesalah-pesalah. Contohnya. denda  sebanyak RM 5,000 – RM 50,000 atau 3 bulan – 2 tahun penjara bagi kesalahan merosakkan alam sekitar.

v. Perlaksanaan Prosedur EIA (Penilaian Impak Alam Sekitar)
EIA satu laporan berkaitan jangkaan kesan terhadap alam sekitar serta langkah mengatasinya yang perlu disediakan oleh pemaju sebelum projek tersebut diluluskan oleh pihak berkuasa.Pihak berkuasa boleh menangguh atau membatal projek tersebut jika tidak menepati piawaian EIA.

B) Langkah Bukan Perundangan;
i. Membina benteng konkrit, membina sangkar dawai (Groin dan Gabion), menanam tumbuhan penutup bumi, membina alur-alur kecil, menghadkan pemotongan cerun kurang dari 45 0 bagi kerja pemotongan, perataan dan peneresan bukit untuk pelbagai tapak bina.

ii. Melaksanakan pertanian berkontur, membina teres, membina benteng dan perangkap lumpur  bagi aktiviti pertanian di cerun-cerun bukit.

2. Langkah-langkah bagi menjamin keberterusan sumber air
i.Menjalankan usaha merawat senula air yang tercemar, menyediakan sistem perangkap sampah di sungai, merawat sisa-sisa kumbuhan dan sisa industri sebelum dialirkan ke sungai dan menyediakan kolam takungan sementara.

ii Mengawal aktiviti pembalakan di kawasan tadahan air dan mewujudkan kawasan rezab tadahan air  yang boleh mencemarkan bekalan air kepada penduduk.

3. Langkah-langkah bagi menjamin keberterusan sumber biologi
i. Menjalankan  program penghutanan semula atau mengadakan projek perladangan hutan iaitu dengan menanam semula pokok-pokok balak yang ditebang, melaksanakan rawatan sivilkultur, melaksanakan kaedah tebangan terpilih, mengharamkan penebangan pokok-pokok balak yang dikenalpasti hampir pupus.

ii. Meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap terhadap usaha hasilan hutan dan  merubah R & D untuk mencari sumber-sumber pengganti.
           
4. Langkah-langkah bagi menjamin keberterusan sumber mineral
i. Mencari gali kawasan sumber mineral yang baru sama ada dalam negara atau luar negara.

ii. Mengurangkan kebergantungan kepada petroleum dan gas asli sebagai sumber tenaga utama dengan cara beralih kepada sumber tenaga gantian yang lebih murah, berterusan dan bersih seperti tenaga hidroelektrik, tenaga solar, tenaga biomas, tenaga ombak dan sebagainya.


C. Pendidikan alam sekitar dan Kempen
Pendidikan alam sekitar perlu diberi penekanan dalam semua aspek. Hal ini dapat memberi kesedaran kepada penduduk tentang pentingnya menjaga alam sekitar sepanjang hayat sama ada secara formal dan bukan formal.

i. Pendidikan Tahap rendah
Pada peringkat ini Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KSSR) telah memperkenalkan mata pelajaran Alam Sekitar yang diajar kepada murid-murid tahun  4 – 6.  Terdapat beberapa bahagian ditumpukan khusus kepada alam sekitar seperti kebersihan alam sekitar, kepentingan dan tangjunggjawab menjaga alam sekitar.

            ii. Pendidikan Tahap Menengah
Pada peringkat ini unsur alam sekitar diserapkan secara khusus dalam mata pelajaran Geografi bermula dari tingkatan satu – tingkatan enam. Terdapat juga mata pelajaran lain yang memberi perhatian terhadap alam sekitar iaitu mata pelajaran sains teras, biologi. Tujuannya untuk  pendedahan kepada pelajar kepentingan menjaga alam sekitar supaya dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

iii. Pendidikan Tahap Tinggi.
Pada peringkat ini, universiti tempatan atau luar negara menawarkan kursus  berkaitan dengan alam sekitar.  Contohnya Univerisiti  Putra malaysia,  Universiti
Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya. Tujuannya melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang pengurusan alam sekitar  bagi menjamin pengurusan yang lebih bermutu.

iv. Pendidikan tidak formal
Disamping itu, pendidikan tidak formal juga dititikberatkan oleh agensi dan pertubuhan seperti Jabatan Alam Sekitar yang bekerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) seperti  Sahabat Alam Malaysia. Jabatan Alam Sekitar juga telah memainkan peranan dengan melalui media massa, seminar, forum, risalah dan penerbitan. Sebagai contohnya majalah Era Hijau telah diedar secara percuma kepada sekolah yang membuat pernohonan bagi mendapat naskhah tersebut.

v. Kempen-kempen kesedaran

            Kempen perlu dilakukan bagi memberi kesedaran dan menjamin  keberterusan sumber alam.  Pihak Berkuasa Tempatan dan  NGO boleh menganjurkan kempen-kempen  yang berkaitan. Seperti “Cintailah Bumi Kita”, kempen penghijauan bumi, cintailah sungai kita dan sebagainya.  Di samping itu, aktiviti gotong-royong boleh dijalankan di peringkat kampung, daerah, negeri dan negara.




Soalan latihan
 Rujuk soalan STPM P1 GEOGRAFI 2015 NO.5 a dan 5 b.



No comments:

Post a Comment